Jangan risau.

Jangan risau.
Aku pasti kembali.
Jika tidak begini,
aku kembali berkainkan putih,
Tenang di dalam keranda sepi.

Jangan bimbang.
Aku pasti kita akan bertemu kembali,
Jika tidak disini,
Di sana kita bersua,
Di syurga Ilahi kekal abadi.

Sungguh,
Kita hanyalah penumpang,
Di dunia yang fana ini,
Kau dan aku cekal menghadapi hari-hari
Yang sepi, seolah-olah tiada isi,
Namun aku tahu,
Perjalanan kehidupan ini,
Bukanlah fatamorgana ataupun ilusi

Kerna darah merah yang telah mengalir,
Membawa satu erti,
Yang hanya engkau fahami

Aku berfikir,
Maka aku ada,
Aku berusaha,
Maka aku ada.

Hiraukan saja momokan mereka,
Kerana usaha dikau,
Bukanlah sia sia.
Ada jiwa di luar sana,
Telah kau angkat tanpa kau sedari,
Kau selamatkan di kala mereka di curam yang bergerigi.

Jadi bangun,
Bangun,
Bangun,
Belum tiba masanya untuk kau tidur lagi.

Bangun.

Tiba masanya untuk patahkan sayapku ini,
Kerna terlalu lama aku di awang-awangan,
Dan mula berjalan menggunakan kaki.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s